Isu yang akan diketengahkan pada kali ini ialah berkaitan dengan isu bahasa dalam drama Melayu. Seperti yang kita semua sedia maklum, drama Melayu yang merupakan media tumpuan remaja pada masa kini. Golongan remaja lebih tertumpu kepada drama Melayu terutamanya drama yang bertemakan percintaan. Jadi, drama merupakan salah satu media yang memainkan peranan penting sebagai wahana penyebaran penggunaan bahasa kepada golongan remaja. Namun, perkara sebaliknya berlaku iaitu media ini bertindak sebagai penyumbang kepada kerosakan bahasa terutama golongan remaja.
Berdasarkan pemerhatian saya, salah satu penyumbang kepada kerosakan bahasa dalam drama Melayu ialah penggunaan bahasa rojak. Fenomena kemasukan bahasa asing dalam drama Melayu menjadi lumrah di Malaysia. Drama Melayu kini lebih banyak menggunaan bahasa rojak dalam skrip mereka. Menurut Awang Sariyan (2004), dalam bidang linguistik atau ilmu bahasa, sebenarnya tidak pernah wujudnya istilah bahasa rojak. Istilah ini ditimbulkan oleh sejumlah orang yang melihat adanya fenomena bahasa yang bercampur dengan bahasa asing.
Penggunaan istilah 'percampuran kod' juga boleh menggantikan istilah bahasa rojak ini. Percampuran kod atau bahasa rojak merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan mencampuradukkan lebih daripada satu. Menurut Bokamba (1988: 24), percampuran kod bermaksud penggunaan berbagai-bagai unit linguistik seperti imbuhan, kata, frasa, dan klausa daripada satu sistem tatabahasa yang berlainan dalam satu ayat dan memerlukan minimum dua bahasa yang peraturannya diintegrasikan dalam satu ayat. Menurut Kamus Dewan pula, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa rojak merupakan bahasa atau kata-kata yang bercampur aduk digunakan oleh penutur seperti seketika menggunakan bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan bahasa Inggeris.
Contoh penggunaan bahasa rojak dalam drama Melayu ialah:

(Pada minit ke 6:53)
Anis: Kau tahu tak, dia bergambar dengan dr Amar. Dr
Amar siap upload dalam FB dia kot.
(Pada minit ke 17:41)
Azlan: I
nak kat U Erin. I betul-betul mintak maaf. I
janji dengan U, I takkan buat semua tu lagi eh. Please,
kesian kat I.
(Data diambil daripada sedutan drama 'Suami Sebelah Rumah' arahan Hj Azman Hj Yahya (Jinggo))
Berdasarkan kedua-dua contoh yang
diberikan iaitu skrip yang telah dipetik dari drama 'Suami Sebelah Rumah', didapati
penggunaan bahasa rojak amatlah ketara. Penggunaan bahasa Melayu dicampur
dengan bahasa Inggeris seperti I, U,
upload, dan Please sangat sinonim
dengan drama ini. Walhal, kata dalam bahasa Inggeris tersebut boleh digantikan dengan penggunaan kata daripada bahasa Melayu seperti I merujuk kepada saya, U (you) merujuk kepada awak, dan Please merujuk kepada tolong.
Penggunaan kata seperti ini meskipun dilihat sebagai sesuatu yang remeh atau tidak memberikan kesan negatif, tetapi penggunaan kata seperti inilah mendorong golongan remaja untuk menggunakan bahasa tersebut dan semakin hari penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan remaja semakin tipis. Selain itu, fenomena seperti ini akan secara tidak langsung akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam kalangan masyarakat. Apabila ketulenan bahasa kita mula terhakis, ini sekali gus menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa yang gagal berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda mereka dengan baik.
Kesimpulannya, penggunaan bahasa rojak sangatlah ketara pada masa kini terutama dalam drama-drama Melayu. Ini merupakan sesuatu yang tidak baik kerana ini akan mempengaruhi golongan remaja terutamanya kerana drama sebegini menjadi tumpuan kepada golongan remaja. Perkara sebegini haruslah di atasi sebelum menjadi semakin serius. Banyak pihak perlu memainkan peranan penting, terutamanya Perbandanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dalam menapis semula filem atau drama yang disiarkan.
Good one hahaha
ReplyDeleteTq, mohon tunjuk ajar ku sifu
Deletesaya pun budak bahasa awakk...hahaha
ReplyDeleteMohon perbetulkan jika ada kesalahan :)
Deletesaya suka contoh yang awak guna..jelas untuk gambarkan tentang isu yang diketengahkan...hiihiihiii...cayalah sinon!!
ReplyDeleteyo yo yo! terima kasih arekmaneh!
ReplyDeleteHai
ReplyDelete