Frasa bilangan ialah frasa yang menunjukkan jumlah atau bilangan yang mempunyai kaitan dengannya. (Asmah Hj Omar, 1993:271). Frasa bilangan terbahagi kepada dua iaitu frasa bilangan kardinal dan frasa bilangan ordinal. (Asmah Hj Omar, 1993:271). Frasa bilangan kardinal ialah frasa bilangan yang mengambil kata bilangan kardinal sebagai intinya yakni kata nombor atau kuantiti. (Asmah Hj Omar. 1993: 271). Menurut keterangan NMM, Rumus bagi frasa bilangan kardinal terdiri daripada:
Inti + (Ket2) + (Ket1)
Berdasarkan rumus tersebut, Inti kepada rumus tersebut terdiri daripada kata bilangan. Manakala Ket1 dan Ket2 masing-masing terdiri daripada kata nama dan pejodoh bilangan.. Kedua-dua keterangan iaitu Ket1 dan Ket2 boleh hadir bersama-sama tetapi ada kalanya yang wujud hanya Ket1 dan ada kalanya hanya wujud Ket2. (Asmah Hj Omar, 1993:271). Contoh data berdasarkan rumus tersebut ialah:
(1) ...bapa kepada empat anak ini hairan kenapa beratus ekor ayam...
(2) ... kebakaran membabitkan tiga buah rumah...
Menurut keterangan daripada NMM, kata ‘beratus’ dan ‘tiga’ merupakan inti dalam frasa tersebut dan kerana itulah frasa tersebut dikenali sebagai frasa nama manakala ‘ayam’ dan ‘rumah’ pula merupakan ket1.
Perkara yang dipertikaikan dalam bab ini ialah fungsi kata bilangan kardinal. Menurut NMM, kata bilangan kardinal merupakan inti dalam frasa tersebut dan sekaligus frasa tersebut ialah frasa bilangan. (Asmah Hj Omar, 1993:271). Pendapat ini berbeza dengan pendapat daripada Tatabahasa Dewan (TBD).
Menurut TBD, kata nama merupakan inti sebenar dalam frasa kerana kata nama tersebut merupakan isi utama yang ingin disampaikan dalam ayat tersebut. (Nik Safiah Karim, 2010: 363). Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang atau penentu merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. (Nik Safiah Karim, 2010: 363). Menurut TBD, binaan frasa nama inti + penerang terdiri daripada dua jenis iaitu (i) inti + penerang nama dan (ii) inti + penerang bukan nama. (Nik Safiah Karim, 2010: 364). Kata bilangan merupakan penerang bukan nama yang tergolong dalam penerang penentu hadapan. (Nik Safiah Karim, 2010: 371). Menurut TBD, kata bilangan bukanlah inti tetapi penentu hadapan iaitu unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. (Nik Safiah Karim, 2010: 372). Contohnya:
Rajah 1: Binaan Frasa Nama (Inti + Penerang Penentu Hadapan)
(Nik Safiah
Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
Berdasarkan Tatabahasa Dewan, kata nama merupakan inti kepada frasa tersebut dan frasa tersebut ialah frasa nama. Jadi, ‘askar’, ‘bangunan’, ‘penonton’, ‘senapang’, ‘kelengkapan’, ‘pekerja’, dan ‘kambing’ merupakan inti dalam frasa tersebut dan ‘lima’, ‘sepuluh’, ‘beratus-ratus’, ‘beberapa’, ‘segala’, ‘kesemua’, dan ‘kelima-lima’ merupakan kata bilangan yang merupakan penentu kepada kata nama tersebut serta ‘orang’, ‘buah’, ‘pucuk’, dan ‘ekor’ merupakan penjodoh bilangan yang juga penentu kepada kata nama tersebut.
Kesimpulannya,
inti dalam frasa tersebut merupakan kata yang terdiri daripada golongan kata
nama dan bukannya kata bilangan atau penjodoh bilangan. Hal ini demikian
kerana, kata nama tersebut merupakan isu utama yang ingin disampaikan dan kata
bilangan tersebut sekarang penerang atau ‘modifier’ dalam ayat tersebut dan
sifatnya adalah opsyenal.
Rujukan
Asmah Omar
(1993). Nahu Melayu Mutakhir Edisi
Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nik
Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Liaw
Yock Fang (1985). Nahu Melayu Moden.
Singapura : Pusataka Nasional PTE LTD.
Berita Harian, (2014), Ayam
Tiba-tiba Diam Sebelum Tsunami Melanda, http://www.bharian.com.my/node/25584, Tarikh Akses 4 April
2015: 10.18 pm.
Berita
Harian, (2015), Warga Emas Rentung dalam
Kebakaran di Tanah Merah, http://www.bharian.com.my/node/41582, Tarikh Akses 4 April 2015: 11.00 pm.
The Emperor Casino | Shootercasino
ReplyDeletePlay at the official online casino at Shootercasino. Join 제왕카지노 가입 us today for access to amazing casino games and the latest promotions.Casino Games · The Emperor Casino · Casino Bonuses · Promotions