Sunday, 19 April 2015

ISU 6 : Perbezaan Dato' dan Datuk

Pada kali ini, penulis akan membincangkan berkaitan penggunaan gelaran 'Dato' ' atau 'Datuk'.
      
     Di Malaysia, penggunaan gelaran ini digunakan bagi membezakan taraf kedudukan sosial seseorang individu tersebut berdasarkan pencapaian mereka tanpa mengira  bidang sekalipun seperti bidang politik, hiburan, sukan, perniagaan, dan sebagainya. Perbezaan ini bergantung kepada gelaran yang diperolehi seperti Tan Sri, Dato Sri, Tun, Dato', Datuk, dan sebagainya. Perbezaan gelaran berdasarkan pangkat ini hanya digunakan di Malaysia dan kebanyakan negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia dan sebagainya, tiada gelaran tertentu digunakan untuk membezakan tahap kedudukan seseorang individu itu dalam organisasi sosial. Perbezaan yang biasa digunakan oleh mereka Mr, Mrs dan Miss  dan gelaran itu bertujuan untuk merujuk kepada perbezaan jantina dan status perkahwinan seseorang yang juga digunakan di Malaysia seperti Encik (bagi lelaki yang sudah berkahwin/ belum berkahwin), Puan (bagi perempuan yang sudah berkahwin) dan Cik (bagi perempuan yang belum berkahwin).

Isu pada kali ini ialah "Bagaimana membezakan gelaran Dato' dan Datuk?"

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Terdapat perbezaan antara penggunaan Dato' dan Datuk. Perbezaan ini bergantung kepada jenis penganugerahan yang diterima. Perbezaannya adalah seperti berikut: 

Dato'

Dato' ialah gelaran kehormat yang diterima bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja Negeri-Negeri Melayu.

Contoh: Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Lim Kok Beng dan Dato' Omar Osman.

** Tiada Istilah Dato digunakan tetapi istilah Dato'. Dibezakan dengan kehadiran (') di belakang. 

Datuk

Datuk ialah gelaran kehormat yang diterima bagi penerima Anugerah Darjah Kebersaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekututan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.

Contoh: Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, dan Datuk Sharifah Aini.



Rujukan

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kebesaran&d=10. Tarikh Akses 19 April 2015 : 8:04 PM. 

No comments:

Post a Comment