Isu
yang akan dibahaskan pada kali ini ialah berkaitan dengan kesalahan penggunaan
kata sendi nama dari dan daripada dalam ayat. Pada kali ini,
penulis akan menfokuskan kepada kesalahan penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dalam berita atas talian ‘online’. Penulis memilih berita atas talian sebagai fokus utama
dalam pencarian data kerana berdasarkan pemerhatian, penulis mendapati terdapat
banyak berlaku kesalahan penggunaan kata sendi nama dari dan daripada dalam
berita yang disiarkan.
Kata
sendi nama merupakan perkataan yang diletakkan di hadapan frasa nama. Walaupun
semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun
tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya
ditentukan oleh peraturan khusus. (Nik Safiah Karim et. al, 2010: 265). Kata
sendi nama juga dikenali sebagai kata depan atau preposisi. (Liaw Yock Fang,
1985: 75). Kata sendi nama berbeza dengan kata lain kerana kata sendi nama
tidak mendapat sebarang imbuhan walaupun ada beberapa kata sendi nama yang
berimbuhan dan kata sendi nama juga tidak boleh berdiri sendiri tanpa bantuan
kata lain (morfem terikat). (Liaw Yock Fang, 1985: 75).
kata sendi nama dari
kata
sendi nama dari digunakan di hadapan
kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Contoh
penggunaan kata sendi nama dari yang
tepat dalam ayat:
(i)
Kita
memerlukan banyak pelaburan dari luar negeri.
(ii)
Minah
baru balik dari sungai.
Berdasarkan
contoh (i) dan (ii), penggunaan kata
sendi nama dari hadir sebelum frasa nama
dan kata nama ‘luar negeri’ dan ‘sungai’.
Namun
begitu, kesalahan penggunaan kata sendi nama dari pada kedudukan yang salah banyak terdapat dalam berita atas
talian, antaranya:
(i)
"Setelah mendapat berita dari kakak,
saya bergegas ke lapangan terbang ini dan pihak MAS...”
(ii)
Dari bakat melukis itu kami mula sedari banyak berkongsi minat
dan ...
(iii)
Ada kira-kira 60 restoran makanan halal di Jepun dan dari
jumlah itu, sebanyak 23 restoran terletak di Tokyo..
Berdasarkan
ketiga-tiga data yang dijumpai, ketiga-tiga data tersebut mengandungi kesalahan
dalam penggunaan kata sendi nama dari. kata
sendi nama dari dalam ketiga-tiga
ayat tersebut hadir sebelum kata nama yang bukan bersifat menyatakan arah,
tempat atau waktu. Sepatutnya, ketiga-tiga data ini menggunakan kata sendi nama
daripada dalam ayat tersebut,
seperti:
(iii)
"Setelah mendapat berita daripada kakak,
saya bergegas ke lapangan terbang ini dan pihak MAS...”
(iv)
Daripada
bakat melukis itu kami mula sedari banyak berkongsi minat
dan ...
(v)
Ada kira-kira 60 restoran makanan halal di Jepun dan daripada jumlah itu, sebanyak 23
restoran terletak di Tokyo.
Kata sendi nama daripada
Kata
sendi nama daripada pula hadir di
hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan,
benda dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan
atau perbandingan. Contoh penggunaan kata sendi nama daripada yang tepat dalam ayat:
(vi)
Pemain
sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
(vii)
Dia
menjauhkan diri daripada dadah.
Berdasarkan
contoh (vi) dan (vii), penggunaan kata
sendi nama daripada hadir sebelum
frasa nama dan kata nama ‘beruangnya’ dan ‘dadah’.
Namun
begitu, kesalahan penggunaan kata sendi nama daripada pada kedudukan yang salah banyak terdapat dalam berita
atas talian, antaranya:
(viii)
...lebih daripada tiga bulan
lebih awal daripada tarikh asal penyerahan dalam perjanjian.
Berdasarkan
data yang dijumpai, data tersebut mengandungi kesalahan dalam penggunaan kata
sendi nama daripada. kata sendi nama daripada dalam ayat tersebut hadir
sebelum kata nama yang bersifat menyatakan waktu. Sepatutnya, ketiga-tiga data
ini menggunakan kata sendi nama dari dalam
ayat tersebut, seperti:
(vii) ...lebih daripada tiga bulan lebih
awal dari tarikh asal penyerahan dalam perjanjian.
Kesimpulannya,
terdapat banyak berlaku kesalahan dalam penggunaan kata sendi nama dari dan
daripada dalam berita yang merupakan medan menyampaikan maklumat kepada
masyarakat. Masalah ini harus ditangani untuk membuktikan bahawa negara kita
mementingkan bahasa yang betul dan memartabatkan bahasa Melayu.
Rujukan:
Liaw
Yock Fang (1985). Nahu Melayu Moden.
Singapura : Pusataka Nasional PTE LTD.
Nik
Safiah Karim et. al. (2010). Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment