![]() |
Rajah 1 |
![]() |
Rajah 2 |
Isu yang akan dibahaskan pada kali ini ialah berkaitan dengan penggunaan istilah ‘goreng pisang’ (seperti Rajah 1) atau ‘pisang goreng’ (seperti Rajah 2). Kebiasaannya kita biasa melihat penggunaan istilah ‘goreng pisang’ (seperti Rajah 1) untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’, tetapi penggunaan istilah tersebut telah menyalahi hukum D-M. Hukum D-M digolongkan dalam frasa nama. Menurut Tatabahasa Dewan, hukum D-M adalah singkatan bagi (D) diterangkan dan (M) menerangkan. (Nik Safiah Karim et al, 2010:376). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. (Nik Safiah Karim et al, 2010:376). Seharusnya bentuk yang betul ialah ‘pisang goreng’ kerana merujuk kepada kata nama ‘pisang’ sedangkan kata ‘goreng’ merujuk kepada kata kerja. kata ‘pisang’ merupakan unsur inti dalam frasa tersebut yang terdiri daripada kata nama manakala ‘goreng’ merupakan unsur penerang yang hadir untuk menerangkan kepada inti tersebut.
Selain itu, penggunaan istilah ‘pisang
goreng’ dikatakan lebih tepat kerana istilah ‘pisang goreng’ merujuk kepada frasa
nama. Menurut Nahu Melayu Moden, frasa nama ialah frasa yang boleh menggantikan
kata nama di dalam ayat. (Liaw Yock Fang, 1985: 155). Selain itu, binaan frasa
nama terdiri daripada dua konstituen iaitu subjek dan predikat nama. (Asmah Hj
Omar, 1993:250). Dalam membentuk frasa nama, unsur yang membentuk dua
konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada:
(i)
FN+FN
(ii)
FN+FK
(iii)
FN+FA
(iv)
FN+FS
Inti dalam frasa tersebut haruslah
terdiri daripada frasa nama atau kata nama sebagai subjek. Jadi, penggunaan
istilah yang tepat untuk merujuk kepada frasa nama ialah ‘pisang goreng’ (seperti
Rajah 2) kerana 'pisang' ialah frasa nama atau kata nama manakala 'goreng' ialah frasa kerja. Jadi, penggunaan kata nama haruslah sebagai subjek untuk membentuk frasa nama dan kata kerja berada pada kedudukan predikat atau sebagai penerang kepada kata nama tersebut.
Namun begitu, istilah ‘goreng pisang’
tidak dikatakan salah atau tidak boleh digunakan dalam bahasa Melayu tetapi
istilah ini hanya boleh digunakan dalam konteks yang berlainan iaitu bukan
merujuk kepada frasa nama tetapi frasa kerja. Istilah ‘goreng pisang’ boleh
merujuk kepada perbuatan menggoreng pisang tersebut. Contoh ayat:
(v)
Ibu
goreng pisang.
(vi)
Ibu
menggoreng pisang.
Kedua-dua ayat iaitu (v) dan (vi)
merujuk kepada perbuatan menjadikan sebagai. (Asmah Hj Omar, 1993: 121).
Jadi penggunaan ‘pisang goreng’ lebih
tepat untuk merujuk kepada frasa nama manakala ‘goreng pisang’ juga tepat
tetapi daripada konteks yang berbeza iaitu daripada aspek perbuatan atau frasa
kerja.
Rujukan:
Asmah Omar
(1993). Nahu Melayu Mutakhir Edisi
Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Liaw Yock Fang (1985). Nahu Melayu Moden. Singapura : Pusataka
Nasional PTE LTD.
Nik
Safiah Karim et al (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nak tanya kalau perkataan pasir sungai, yg betulnya "pasir sungai" ke "sungai pasir".
ReplyDeleteSungai pasir
DeleteKurang setuju...tidak kah anda tahu dalam kebanyakan bahasa-bahasa di dunia ada pengecualian (exceptions) dalam penggunaan frasa-frasa sehinggakan ada yang menganggap bahasa inggeris mempunyai lebih banyak exceptions dari rules. Dalam BM pun ada pengecualian ini. Saya setuju dengan kupasan akedemi terhadap isu-isu bahasa melayu tetapi saudara gagal menyebut apa-apa tentang pengecualian. Saya kata frasa yang betul adalah "goreang pisang" walaupun ianya tidak selari dengan hukum-hukum seperti yg suadara bincangkan. Bahasa itu indah, bahasa melayu itu cantik dan poetic, jadi janganlah kita terlalu mendesak dengan hukum-hukum. Saya lebih selesa berkata "saya nak beli goreng pisang".
ReplyDeleteSaya pula lebih selesa berkata pisang goreng. Keselesaan tdk mnghalalkan hukum bhs. Biasakan yg betul n betulkan yg salah.
Deletekita ikutkan logik, pisang goreng ke goreng pisang, anda nampak goreng dulu ke pisang dulu?? anda nampak terbang dulu ke kapal dulu(kapal terbang),, anda berjanji dulu baru bertemu ke, bertemu dulu baru berjanji tuk bertemu(janjitemu/temujanji)
DeletePISANG GORENG adalah betul. Org tak sebut LEMAK NASI. Org sebut NASI LEMAK. Org tak sebut MASIN IKAN, org sbt IKAN MASIN. Cth kesalahn yg biasa: ASAM LAKSA sepatutnya LAKSA ASAM, JERUK PETAI sptnya PETAI JERUK, dsbnya
ReplyDeletedan juga temujanji/janjitemu, sos cili/cili sos
DeleteGoreng pisang adalah nama sejenis makanan.
DeleteIa tidak merujuk kepada perbuatan menggoreng pisang. Walaupun ia boleh juga bermaksud sedemikian. Kena tengok konteks ayat.
Bagaimana pula dgn kedai goreng pisang atau kedai pisang goreng
ReplyDeleteAyat menggunakan cucur pisang
ReplyDeleteKadang bahasa negeri sdh terbiass dgn sesuatu nama.
ReplyDeleteKat negeri saya org panggil goreng Pisang.