Monday, 20 April 2015

ISU 7: Kata Hubung yang mengaplikasikan maksud yang berbeza-beza dalam Ayat.

  DAN
Kata penghubung dan menggandingkan dua unsur.



Maksud
Contoh ayat
Menggandingkan klausa. Dalam penggandingan klausa, unsur kedua merupakan lanjutan cerita daripada klausa pertama.
Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi dan kami sekeluarga akan balik ke kampung.

Menggandingkan dua subjek

Aini dan Ahmad merupakan pasangan kembar tidak seiras.
Menggandingkan dua predikat.

Saya memanggil dia dan mengajak dia ke rumah saya untuk majlis kesyukuran.

Menggandingkan dua objek
Emak menyuruh adik ke kedai untuk membeli garam dan gula.




 TETAPI
Kata penghubung tetapi mempunyai komponen makna berlawanan kerana tetapi menggandingkan dua proposisi yang berlainan satu sama lain.

Maksud
Contoh Ayat
Menggandingkan keseluruhan dua klausa atau dua predikat.
Saya tidak suka makan petai, tetapi itulah kegemaran suami saya

Dalam penggandingan keseluruhan klausa biasanya penghilangan kata dalam gatra tersebut. Penghilangan disyaratkan oleh persamaan kata dalam dua gatra yang sama dalam klausa yang berkenaan.
Suami saya suka makan petai, tetapi saya tidak.

SEBALIKNYA
Kata hubung melainkan mempunyai dua maksud iaitu kecuali dan sebaliknya. Dalam konteks ayat kadang-kadang ketiga-tiga kata tidak boleh bertukar ganti. Contohnya: 

                      I.        Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi, sebaliknya/melainkan pertuturan pasar digunakan dalam urusan tidak rasmi.

                    II.        Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi kecuali pertuturan pasar digunakan dalam urusan tidak rasmi.


Kata hubung sebaliknya juga merupakan kata penghubung pertentangan merupakan konjungsi koordinatif yang menghubungkan dua klausa yang sama dengan mempententangkan kedua-dua klausa dalam ayat tersebut.

               
MALAHAN

Maksud
Contoh Ayat
Menunjukkan dua keadaan; keadaan yang kedua menokok tambah kepada yang disebut lebih awal. Bahagian pertama biasanya mempunyai ungkapan penafian bukan sahaja atau tidak sahaja, sedangkan ayat kedua boleh menggunakan juga untuk penegasan.
Orang yang bersalah itu tidak sahaja dikurung, malahan disuruh bekerja juga.
Padahal atau sedangkan
Dia nampaknya tidak mahu pergi, malahan bergerak dari tempat duduk pun tidak.


1 comment:

  1. CASINO HOLDINGS IN JAMURATION - JM Hub
    CASINO HOLDINGS 시흥 출장안마 IN JAMURATION 청주 출장안마 IN JAMURATION JAMURATION 목포 출장샵 in JAMURATION IN JAMURATION in 충청남도 출장샵 JAMURATION in 상주 출장샵 JAMURATION in JAMURATION

    ReplyDelete